Lima Tanda Kau Telah Terlalu Lama Single

Sunday, August 30, 2009 23:18
Posted in category Cinta, Perhubungan, Uberseksual
1,052 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

single-yang-hot

Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

  1. Perasan semua awek suka pada kau – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi. :roll:
  2. Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak danĀ  adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.
  3. Kau banyak sangat main games – Counterstrike? DOTA? FIFA 2009? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?
  4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.
  5. Kau mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Cukuplah setakat ini untuk harini, nantikan lebih banyak tips dari Blog Lelaki Uberseksual. Kalau kau ada lagi nak tambah berkenaan topik hari ni silalah komen dibawah, jangan segan-segan. :smile:

Bookmark and Share
Blog Widget by LinkWithin

You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “Lima Tanda Kau Telah Terlalu Lama Single”

  1. negaraku.net says:

    August 30th, 2009 at 11:38 pm

    Lima Tanda Kau Telah Terlalu Lama Single | Muii.org…

    Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik….

  2. aisyahkamaNo Gravatar says:

    August 31st, 2009 at 1:46 am

    ni untuk lelaki je ke? kalau perempuan dah terlalu single, camne plak sign nye?

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    Yup.. untuk lelaki je.. kalau perempuan apa kata aisyah yg tulis? :razz:

    Reply

    AisyahNo Gravatar Reply:

    ooh. igtkan suh sy tulis. terperasan pula. haha
    entri terkini dari Aisyah.. I RANT however I want just because I can. My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    haha. next artikel ak gune artikel ko ye.. :D

  3. najaneerzNo Gravatar says:

    August 31st, 2009 at 2:50 am

    a’ah la gurl ye .. nk taw gak ni .. ala x best r cmnih huhuh :smile:

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    nnt ak cube menulis nye.. :sad:

    Reply

  4. fairuz sarizNo Gravatar says:

    August 31st, 2009 at 11:14 am

    aha.. bagus entry kau ni.. aku rase nk tambah lg ssatu tanda..

    6. Kau nampak girl yang kau minat tapi kau tertanye knp die bukan awek ko.?

    itulah dulu ikut sgt hidup berperinsip, skrang dh desperate nak kawen pn calon2 takde lg.. (*_*)v

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    gi lah jual diri bro.. byk laman cari jodoh skrg nie.. hahaha.. :o

    Reply

  5. megatNo Gravatar says:

    August 31st, 2009 at 1:03 pm

    miang tak masuk sekali ke bro kahkahkah.

    info bagus! keep it up ;)

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    lagi dah berawek/berbini pon miang bro.. hahaha

    thanks.. :smile:

    Reply

  6. AzreenaNo Gravatar says:

    August 31st, 2009 at 2:04 pm

    mui..ko try laa wat ntok pompuan..confirm rmai pembaca.. ;-)
    entri terkini dari Azreena.. Sooo New My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    okeh.. eden toraii lah nnt.. :roll:

    Reply

  7. Roslan NazriNo Gravatar says:

    August 31st, 2009 at 9:14 pm

    lelaki misteri = itu adalah anda..hehe muii weh ko senyap jer aritu gath..hehe..cam anarm jugak..tapi anarm tu aku dah kenal so mmg aku ngusik dia..haha..weh nti kalo ade gath lagi jumpe di sane la yer..hehe..walaupun baru 1st time jumpe ko dan kwn2..aku dah rase happening gile..hu3.. :lol:
    entri terkini dari Roslan Nazri.. Kenangan Di Kuala Kangsar & Blogger Gathering My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    lelaki misteri? hahaha.. mmg senyap la.. pemalu dan pendiam.. :o

    tapi mmg happening lah. seronok jumpe org ade minat same nih… hehe :XO:

    Reply

  8. atulNo Gravatar says:

    September 1st, 2009 at 11:45 am

    muii, nie sume based on ur experience ke??? hehehehe :o kalo x,buktikan pada aku!!

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    ini hasil pengamatan aku.. :lol:

    Reply

  9. AisyahNo Gravatar says:

    September 9th, 2009 at 1:43 pm

    ok skrg da tau da mana laki yg single terlalu lama. cam lose je. nak cr boifren org la camni. haha
    entri terkini dari Aisyah.. I RANT however I want just because I can. My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    haha. mesti cr bf org kn?

    Reply

  10. TanyaLelaki.comNo Gravatar says:

    October 1st, 2009 at 12:49 am

    :up: hehe.. cite bedasarkan pengalaman ke bro.. single kadang2 best jugak
    entri terkini dari TanyaLelaki.com.. Seks Waktu Pagi My ComLuv Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled