Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya?

Friday, September 4, 2009 10:53
Posted in category Cinta, Perhubungan, Uberseksual
1,261 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

cara-pikat-perempuanKau dah lama single tapi macam mana pun kau cuba mengorat perempuan masih tak mendatangkan hasil. Suatu hari, kau berjaya mengayat dengan baik sekali dan kau pun berada dalam hubungan cinta yang baru. Perjalanan hidup kau semakin indah, kau dapati jumlah yang tinggi dalam adegan tepuk tampar, cuit mencuit dan main mata dari perempuan lain yang bukan pasangan kau. Adalah suatu peristiwa yang tak disangka-sangka, kejayaan kau mengorat seorang perempuan menjadikan kau magnet kepada perempuan-perempuan lain. Apa kejadahnya semua nie?

Macam lebah kepada madu, perempuan single tertarik kepada lelaki yang sudah berpunya. Ia suatu kebetulan yang menarik, adalah satu kekecewaan dan suatu yang tidak adil kepada lelaki yang baru terikat ini. Hanya bila pilihan sudah semakin banyak, kau tak dapat memilihnya. Walaubagaimanapun, alasan disebalik fenomena ini akan menjadikan kau lelaki yang sempurna, tak kiralah kau single atau sudah berpunya.

  • Perempuan mahu sesuatu yang diluar batasan – Sejak dulu lagi telah bermula satu barisan panjang perempuan yang sangat menginginkan apa yang mereka tidak miliki. Kita dapat lihat trend yang sama terus sampai ke hari ini dimana perempuan menatap penuh harapan pada designer handbag, terliur kepada barang kemas edisi terhad dan mengejar barang-barang dikhaskan untuk lelaki. Baik manusia atas handbag, lagi menggoda sesuatu barangan itu, lagi menariklah ia.
  • Perempuan mendengar hal-hal baik tentang lelaki berpunya – Seseorang itu adalah cerminan kepada pasangan mereka. Sebab itulah menjadi suatu kesukaan seseorang perempuan itu berlagak seperti PR pasangan mereka: untuk memberitahu sebolehnya bahawa pasangannya itu belajar di universiti tersohor dan oh dia bermain dalam band. Ketika dia sedang bangga bercerita, kawan-kawan perempuannya terpesona dengan kehebatan pasangannya. Pada saat dia sampai pada cerita lelaki itu bakal menjadi finalis Akademi Fantasia musim terbaru, tanpa syak wasangka lagi lelaki itu pasti akan menjadi dambaan ramai perempuan.
  • Perempuan suka apa yang popular – Yang ini cukup mudah, perempuan inginkan apa yang perempuan lain ada. Pada mereka fakta seperti seseorang lelaki itu sangat diminati seseorang membuatkan lelaki itu patut dicuba. Lelaki berpunya sekurang-kurangnya ingin dimiliki oleh seseorang — perempuan disisinya, yang mengesahkan lelaki itu telah diuji dan diterima sebagai pasangan ideal — dan pastinya menarik banyak lagi perempuan lain.
  • Perempuan juga ingin meninggikan ego – Lelaki ataupun perempuan, perkara yang paling menaikkan ego ialah mendapati dirimu itu bukan saja hot tapi super hot. Bayangkan jika lelaki mengambil risiko membahayakan perhubungannya — komitmen menjadi malapetaka — untuk suatu malam terkecuali dia keluar bersama perempuan lain, perempuan itu pasti pulang ke rumah perasaan seperti dunia dia yang punya. Itu satu loncatan ego yang tertinggi. Satu loncatan ego seperti itu pasti menukarkan tanah kering kontang kepada taman bunga paling harum didunia. Sebaliknya, jika dia gagal memenangi hati lelaki itu, pasti dia berkata “Tentu saja dia tidak sukakan aku, diakan dah berpunya.”
  • Perempuan melihat lelaki berpunya mempunyai kualiti yang diinginkan – Untuk membantu kau lebih memahami bagaimana perempuan memilih lelaki, bayangkan lelaki adalah tempat letak kerata yang mengelilingi sebuah restoran popular di suatu malam minggu. Yang terbaik mestilah tempat letak kereta yang paling dekat dengan restoran, mesti akan sentiasa penuh sehinggalah restoran itu tutup. Tetapi semakin jauh ia dengan restoran, tempat letak kereta taklah berapa baik, sehingga ia kadang-kadang kosong, atau dalam beberapa kes terus tiada kereta yang nak letak disitu. Kesimpulannya, perempuan percaya lelaki yang single itu masih single kerana suatu alasan. Tetapi sebaliknya, lelaki berpunya adalah lelaki yang harus dikejar.
  • Perempuan sukakan cabaran – Perempuan yang menunjukkan kombinasi yang tepat antara kasih sayang dan minat boleh mendapatkan lelaki single hanya dengan petik jari je. Sebaliknya lelaki berpunya adalah lebih sukar dijinakkan. Untuk permulaan, lelaki ini masih setia dengan pasanganya dan tidak tertarik untuk memperjudikan hubungan itu. Kau fikir ia akan menghalang keagresifan perempuan tadi, tapi tidak. Dengan dua hati yang berebut untuk mendapatkannya, (dan satu pasti akan hancur berkecai sebagai korban), taruhannya begitu besar untuk mengundurkan diri. Juga bagaimana jika lelaki itu tidak segembira ia dilihat? Perempuan tahu lelaki juga suka direbut, dan ada potensi pula pasangannya itu kurang memuaskan, selamat datang peluang baru!
  • Perempuan ingin mengkhianati perempuan lain – Ada juga sesetengah perempuan yang tidak puas hati dengan jantina mereka sendiri. Masa sekolah rendah mereka main tarik-tarik rambut, sekarang dah dewasa mereka berebut lelaki pulak. Ada juga yang ingin membalas dendam, manakala yang lain menyaksikan secara live jika mereka “boleh mendapatkan lelaki itu” walau apapun korban emosi. Perempuan meningkatkan tentangan mereka dan entah bagaimana berasional yang pasangannya itu mendambakan perempuan lebih matang. Ingat juga bahawa perempuan tidak selalu sabar menunggu lelaki berpunya ini bebas. Mereka mahukan keputusan, dan mereka mahukan keputusan itu saat ini juga.
  • Lelaki berpunya punya keyakinan tinggi – Lain kali bila kau keluar jalan-jalan, sila perhatikan orang disekeliling. Lelaki yang paling berkeyakinan disuatu-suatu tempat itu bukanlah yang suka merebut perhatian(attention whore) ataupun yang suka berlagak belanja kawan-kawan minum. Lelaki memancarkan keyakinan seperti aura yang sangat hebat. Lelaki itu seorang yang berjaya, bijak dan memikat tanpa sudah. Lelaki yang menikmati kemewahan seperti ini sudah semestinya berasa aman dan juga selesa. Mereka hanya risau sedikit, malah tidak berasa stress. Kesemua ini menjadikan dia seorang lelaki yang mempunyai kuasa graviti romantik luar biasa yang pasti menarik perempuan ke dalam orbitnya.

Kau telah lihat sebab-sebab mengapa perempuan single suka pada lelaki yang sudah berpunya. Gunakan peluang ini untuk kau merubah diri menjadi lebih menarik dan mempesona. Sekali lagi, Blog Lelaki Uberseksual telah menbantu anda dalam hal ini.

Jika kau ada pendapat tambahan mengenai topik kali ini, sila kemukan diruangan komen ya! :up:

Bookmark and Share
Blog Widget by LinkWithin

You can leave a response, or trackback from your own site.

34 Responses to “Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya?”

  1. negaraku.net says:

    September 4th, 2009 at 11:00 am

    Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya? | Muii.org…

    {image1_50×50} Kau dah lama single tapi macam mana pun kau cuba mengorat perempuan masih tak mendatangkan hasil. Suatu hari, kau berjaya mengayat dengan baik sekali dan kau pun berada dalam hubungan cinta yang baru. Perjalanan hidup kau semakin indah, …

  2. sueNo Gravatar says:

    September 4th, 2009 at 12:19 pm

    :twisted:

    hurm…adakah anda pasti dgn apa yang anda telah nyatakan?
    cukupkah bahan2 yang telah dicari untuk dijadikan statement?
    hurm…….

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    knape tak pcaye ke :o

    Reply

    sueNo Gravatar Reply:

    huhuhu…marah nmpk..sue sjer je test,,tgok bila owang kritik apa muii nyer reaction?
    huhuhuh.. :halo:

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    bukan marah, emoticon :o adalah emoticon tak pecaye.. hehehe.. :razz:

  3. AisyahNo Gravatar says:

    September 4th, 2009 at 1:39 pm

    aisyah rozi setuju dengan kesemua point yang ditulis, termasuklah ingin menghancurkan hati perempuan lain -terutama kalau merasakan dia tidak layak untuk lelaki itu, semata-mata bagi membuktikan bahawa diri ini jauh lebih baik. HAHA.
    entri terkini dari Aisyah.. Be right back when I’m back. My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    biasalah tu aisyah.. die rasa diri tu dah hebat.. :kiss:

    Reply

    AisyahNo Gravatar Reply:

    camane u tau semua ni? u sendiri kaji ke apa? hoho
    entri terkini dari Aisyah.. Be right back when I’m back. My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    ade lah sumber2 i hehe.. :smile:

  4. aisyahkamaNo Gravatar says:

    September 4th, 2009 at 2:20 pm

    yeah yeah. agree. tapi tak baiklah kan. kdng-kdng perempuan single ni pun selalu jadi mangsa kutukan n fitnah jugak. huuu~

    ps; love being single. bleh flirt2. :pirate:

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    sesiapa je boleh jadi mangsa. either kau je mangsa atau kau yang jd pemangsa… :oops:

    Reply

  5. FOXENNo Gravatar says:

    September 4th, 2009 at 5:28 pm

    la tu ke sbb nye perempuan ni x pndng lelaki single ni….???
    jadi makne nye lelaki ni ke jadi playboy la untuk dptkn perempuan idaman dier….???
    nnt perempuan ckp lelaki ni jenis x setia plk…..

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    dgn perempuan nie jgn pikir logik. kalau flirt byk je = playboy.

    kau dah dah dapat perempuan idaman kau then kau stop lah.

    Reply

    FOXENNo Gravatar Reply:

    bkn ape ak cuma x smpai ati nk main2 kan dierorng je….
    krng ader yg smpi terjun bangunan krng…
    ak jgk yg serba slh nnt…

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    berhati2 bro.. jgn bg harapan tggi sgt.. ;-)

  6. najaneerzNo Gravatar says:

    September 4th, 2009 at 6:47 pm

    myb…. la … tp x sume gul mcm tuh
    tp part yg suke akan bf org tu mmg ader..
    urm mmg siot lah perempuan2 ituw!!!
    tp sllunyer x lama pom diorg kapel , sbb kebas org punyer
    TUHAN maha adil :grin:
    oyeahhh ………

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    penah terkena ker? :roll:

    Reply

    eyereexNo Gravatar Reply:

    xleh nk kate, jodoh di tgn tuhan.. lgpun bnyk lg cara kalo tuhan nk balas, x semestinya clash je..

    Reply

    kayNo Gravatar Reply:

    hurmm…pnh tekena…member kebas bf kite,…tp x lame pon diorang tu~ :roll:

    Reply

  7. dinNo Gravatar says:

    September 4th, 2009 at 7:51 pm

    haha seriusly it’s good info bro tu..arap jadikan blog ni sebagai Edisi Terhad yek….

    Byk manfaat tuh..kadang2 de info yg kite x taw n x seda it’s happen..

    Goog job bro….keep it up

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    Yup, thanks. :smile:

    Reply

  8. syahNo Gravatar says:

    September 5th, 2009 at 2:23 pm

    informasi yg berguna tuk aku yg still solo…

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    :razz:

    Reply

  9. kayr yang handsomeboy macam kamui gakutoNo Gravatar says:

    September 6th, 2009 at 6:21 am

    kalau beginilah cara pemikiran dan perangai perempuan, lebih baik saya stay single..

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    lebih single ke lebih baik ade awek? :razz:

    Reply

  10. sueNo Gravatar says:

    September 6th, 2009 at 1:04 pm

    ala..itu bru statement untuk gurl..blum lagi statement yng dibuat tuk guy..
    samala mcm gurl..diorang akan pk lebih baik terus single…rite!!
    so maknenya dua2 sama jer..
    takde beza..

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    perempuan tak same ngan lelaki cik kak.. klu same tak best lah.. :mrgreen:

    Reply

  11. IskandarNo Gravatar says:

    September 8th, 2009 at 5:33 am

    Gagagaga… Muii! Hg pny ayat mmg TERPOWER lah! Hahaha.. aku kagum dgn artikel ni dengan gaya bahasa hg. Hee.. membakar.

    Tamsilan ‘parking kereta’ tu mmg kena & jelas. Good job bro!

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    :smile:

    Reply

  12. kakeruNo Gravatar says:

    September 15th, 2009 at 3:23 pm

    Owh, macam tu ke..? Try tukar tajuk tu yg pmpuan jadi lelaki, lelaki jd pmpuan. Agak2 camner isi artikel ni nanti eh… :smile:
    entri terkini dari kakeru.. Special Report: Bagaimana Menjana Wang dengan Amazon.com? My ComLuv Profile

    Reply

    MuiiNo Gravatar Reply:

    akan diusahakan.. ;-)

    Reply

  13. Nora LovilleaNo Gravatar says:

    October 12th, 2009 at 12:28 pm

    ermmmm ye ke gal single suke kt lelaki berpunya.. xsume gal mcm tu.. kdg2 layan sbg teman.. lebey rapat if lelaki tu sndiri xngaku dh berpunya.. so jgn r salahkan gal yg single nie.. ermm tp mmg ade gak gal yg jahat suke merampas.. bg mereka 1 kepuasa lihat org lain kecewa seperti mne mereka pernah lalui.. hurmm pape pn depends pd individu handle mslh nie…
    single nie salu org kesian n simpati tp hadir insan itu xbwk mkne pape pn.. huhhhhhh

    Reply

    abu sayyafNo Gravatar Reply:

    gul yg menten single sbb,,dia xmo ilang invester2 dia.
    at least kalo kantoi, “dia kwn i..xcaye,u ask him”.. hehh
    statemen simple yg kukuh :mrgreen:

    Reply

  14. abu sayyafNo Gravatar says:

    February 5th, 2010 at 12:23 am

    ‘hadis’ yg mampu mnyesat mentaliti kaum2 laki bro.
    ada ‘fkta2′ agk mnyokong tp,jgn sbb tu,kt ni flirt2 sgt pulak.
    dendam kesumat knon2..hehh.
    kesannye,,ak yakin ko akn pandang sume
    pmpuan tu same je.xde feel dh..ape pon xbuley pastu ;-)

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled